
RANAU: Empat cedera termasuk seorang warga emas yang parah selepas terperangkap di dalam kenderaan mereka dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dekat sini, Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di Jalan Sabah Teh Ranau pada jam 11.46 pagi.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi MERS999 dan sekumpulan lapan anggota diketuai Komander Operasi, Mastin Suli bergegas ke lokasi.
“Apabila tiba di tempat kejadian sejauh 18 kilometer dari balai, kami mendapati berlaku kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah lori 8 tan yang membawa muatan pasir, Perodua Axia dan Isuzu Trooper.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Terdapat empat mangsa yang terlibat, dengan seorang mangsa lelaki dalam Perodua Axia dan dua lagi mangsa lelaki di dalam lori mengalami cedera ringan dan diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS.
“Sementara itu, seorang lelaki berusia 64 tahun tersepit di dalam Isuzu Trooper tersepit yang dalam keadaan remuk, dan dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba,” katanya.
Menurut Ridwan, mangsa a parah dihantar ke Hospital Ranau menggunakan EMRS untuk rawatan lanjut.
“Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sementara. Selepas memastikan tiada lagi bahaya, operasi ditamatkan jam 12.51 tengah hari,” katanya.
Sementara itu, beliau menyeru semua pemandu supaya lebih berhati-hati ketika memandu merentasi daerah ini terutama di jalan kampung yang sempit dan mempunyai selekoh berbahaya.
“Orang ramai diminta lebih berhati-hati ketika memandu dalam keadaan cuaca hujan selain ketika melalui jalan rosak atau kurang dibaik pulih.
“Sentiasa berhati-hati semasa di jalan raya dan berikan kerjasama yang baik kepada pengguna jalan raya lain. Lakukan pemanduan perlahan-lahan terutama di atas jalan tidak rata.
“Pandulah dengan berhemah dan peka dengan keadaan sekeliling, kerana kita semua mahu selamat sampai ke destinasi dan bertemu keluarga tercinta,” jelasnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
