Dua cedera kemalangan di Tawau

24 Mar 2025 • 10:00 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan - Proton Saga dan motosikal di Jalan Kuhara, awal pagi Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, pemandu kereta, 37, dan penunggang motosikal, 33, bagaimanapun, enggan ke hospital.

Katanya, kedua-dua mangsa yang cedera ringan sebelum itu diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Menurutnya, Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sekitar jam 3.26 pagi menerusi MERS999 dan tiba di lokasi dua minit kemudian.

“Sepasukan lapan anggota bersama dua jentera segera dikerah ke lokasi bagi menjalankan operasi penyelamatan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Operasi ditamatkan jam 3.40 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di tempat kejadian.