
TAWAU: Dua lelaki cedera apabila sebuah lori 10 tan terbabas di bahu jalan dalam kemalangan di Jalan Kalabakan, Maliau Basin, awal pagi Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, dua lelaki masing-masing berusia 43 dan 58 tahun itu berjaya dikeluarkan oleh pasukannya menggunakan peralatan khas.
Katanya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Nabawan untuk rawatan lanjut.
Terdahulu, katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.37 pagi menerusi MERS999 dan sepasukan lapan pegawai serta anggota dikerah ke lokasi sejauh 195 kilometer (km).
SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more “Sepasukan empat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan tiba di lokasi jam 5.37 pagi untuk memberikan bantuan awal,” katanya, dan menambah, operasi ditamatkan jam 9.53 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi.
Operasi itu turut melibatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
