
SANDAKAN: Dua pegawai agensi penguatkuasa ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Rabu kerana disyaki terlibat dalam pengeluaran pas lawatan IMM13 di sebuah daerah di pantai timur Sabah.
Dua pegawai berkenaan masing-masing ditahan di Sandakan dan Tawau ketika hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan.
Perintah reman selama enam dan tujuh hari terhadap dua pegawai itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Sandakan dan Tawau setelah permohonan dibuat pada pagi Rabu.
Menurut sumber, kedua-dua suspek masing-masing berumur lingkungan 30an dan 50an dipercayai melakukan perbuatan tersebut bersama orang tengah.
SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Mereka disyaki menguruskan lanjutan permohonan pas lawatan IMM13 kepada pelarian Filipina yang datang berlindung di Sabah akibat pergolakan sekitar awal 1970-an.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak 2022 dan melibatkan nilai rasuah kira-kira RM20,000,” kata sumber.
Sementara itu Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
Beliau berkata tangkapan dua suspek itu adalah susulan kepada penangkapan dua beranak pada Jumaat lalu.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

