Dua Deret Kedai Ranap Dalam Kebakaran Di Pasar Lama Sebuyau

6 Aug 2022 • 5:55 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Letupan tong gas mengejutkan orang awam

Dua Deret Kedai Ranap Dalam Kebakaran Di Pasar Lama Sebuyau. Pasar Sebuyau terbakar kira-kira petang tadi selepas kejadian sama berlaku di kawasan berkenaan lebih kurang 10 tahun lalu.

Lapor media tempatan, kelihatan beberapa letupan tong gas telah mengejutkan orang awam susulan daripada kebakaran pasar lama Sebuyau itu.

image is not available
Dua Deret Kedai Ranap Dalam Kebakaran Di Pasar Lama Sebuyau. Kredit: Media Sosial

Namun, keadaan angin yang kuat telah menyebabkan api merebak dengan cepat dan telah meranap dua deret kedai di situ.

Dikatakan pasar lama itu sudah terlalu usang dan sebelum ini pernah terselemat daripada kebakaran sama yang berlaku kira-kira sepuluh tahun lepas.

Perkongsian netizen ekoran kejadian kebakaran pasar lama Sebuyau

Menurut siaran langsung perkongsian netizen, penduduk setempat terpaksa menunggu pihak Bomba yang datang daripada Simunjan untuk memadamkan kebakaran yang semakin merebak itu.

image is not available
Komen netizen mengenai kebakaran yang berlaku di Pasar Lama Sebuyau. Kredit: Media Sosial

image is not available
Komen netizen mengenai kebakaran yang berlaku di Pasar Lama Sebuyau. Kredit: Media Sosial

image is not available
Komen netizen mengenai kebakaran yang berlaku di Pasar Lama Sebuyau. Kredit: Media Sosial

Setakat ini punca kebakaran masih belum diketahui dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Semestinya perkara sebegini tidak dapat dijangka akan berlaku, mudah-mudahan mangsa kebakaran kekal tabah dan mengambil iktibar di atas kejadian yang menimpa mereka.

Baca juga artikel lain di sini: