MPK tumpas kegiatan jual arak tanpa lesen, disyaki diusaha warga asing

22 Jul 2022 • 12:51 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 22 JULAI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini menumpaskan kegiatan penjualan minuman keras tanpa lesen di lapan kediaman yang diubah suai menjadi kedai runcit.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Shahrul Hazri Abd Majid berkata selain minuman keras, pihaknya turut menyita tong gas, kerusi, meja dan barangan runcit dianggarkan bernilai RM7,000 di kesemua premis yang disyaki diusahakan oleh warga asing.

“Bertindak atas maklumat orang awam, kami menemukan aktiviti penjualan minuman keras disebalik kediaman yang dijadikan kedai runcit di dua lokasi iaitu Jalan Abadi dan Jalan Jabar di sekitar Meru.

“Ini adalah serbuan kali ke empat tahun ini di lokasi yang sama,” katanya di Facebook hari ini.

Beliau berharap warga tempatan terus menjadi mata-mata dengan menyalurkan maklumat kepada MPK dalam mengekang aktiviti seperti ini dimasa depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved