Dua ditahan, 1,000 liter diesel dirampas

LocalPolitics
7 Apr 2026 • 4:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Dua lelaki ditahan manakala 1,000 liter diesel serta dua kenderaan pacuan empat roda dirampas susulan serbuan yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Ahad.

Ketua Penguatkuasa KPDN Lahad Datu Azizul Amran berkata tangkapan dan rampasan itu dibuat dalam Ops Tiris 4.0 di sebuah stesen minyak.

Beliau berkata suspek yang berusia lingkungan 20an itu sedang memindahkan diesel ke dalam tong di atas kenderaan pacuan empat roda.

“Mereka gagal mengemukakan sebarang permit atau dokumen kebenaran bagi pengisian diesel tersebut.

“Kedua-dua individu ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Jumlah nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM117,150,” katanya.

Azizul berkata pasukan penguatkuasa akan terus memperkukuh pemantauan bagi memastikan barangan kawalan termasuk petrol Ron95 diagihkan mengikut peraturan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyelewengan barangan kawalan digalakkan menyalurkan maklumat melalui saluran rasmi KPDN bagi menyokong usaha penguatkuasaan yang berterusan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved