
LAHAD DATU: Dua warga asing ditahan kerana disyaki mencederakan seorang lelaki di Kampung Epil, pada 3 April.
Pemangku Ketua Polis Daerah Supt Jimmy Panyau berkata, kedua-dua suspek ditahan polis di Kampung Tanah Rata, Kunak, untuk siasatan berhubung kejadian yang dipercayai berpunca daripada kenyataan berunsur gangguan seksual yang dilemparkan oleh suspek terhadap isteri mangsa.
“Hasil maklumat dan risikan membawa kepada penangkapan kedua-dua suspek yang berusia 31 dan 24 tahun pada Rabu,” katanya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera menggunakan senjata berbahaya.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.


