Seorang selebriti yang berstatus suami orang, dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan wanita yang merupakan ahli perniagaan.
Menurut laporan Harian Metro, selain berasal daripada keluarga berada, wanita berkenaan juga memiliki perusahaan permotoran.
“Pelakon lelaki tu rupa-rupanya ada kekasih baharu. Minat mereka sama. Keduanya pun kaya, barulah sekufu,” kata sumber kepada Harian Metro.
Difahamkan, selebriti yang sedang hangat diperkatakan itu adalah anak kepada pelakon veteran.
Perihal kehidupan beliau sebelum ini kerap dilaporkan oleh media berikutan kes perceraiannya dengan isteri pertama.
Malah, isteri ‘baharunya’ juga seringkali dikecam netizen kerana perbuatannya yang suka mencuri perhatian di media sosial.
Gosip perhubungan mereka mula tersebar selepas ada netizen yang memaklumkan perkara itu di ruangan komen media sosial bekas isteri selebriti tersebut.
Netizen juga mengesan selebriti itu kerap memberi tanda suka pada setiap hantaran yang dimuat naik oleh ahli perniagaan wanita berkenaan.
Sumber: Harian Metro
The post ‘Dua-dua minat dunia permotoran’ – Selebriti berstatus suami orang dilaporkan sudah ada kekasih baharu? appeared first on The Reporter.


