“Keduanya Kaya, Barulah Sekufu” – Baru Je Kahwin, Menantu Pelakon Veteran Didakwa Ada Kekasih Baru?

Entertainment
13 Oct 2023 • 9:01 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Panas! Baru je kahwin, seorang selebriti lelaki didakwa dah ada kekasih baru?! Biar betul? Dakwaan ini kecoh diperkatakan sejak semalam dan rata-rata daripada netizen berteka teki siapakah selebriti yang dimaksudkan.

Sumber Harian Metro berkata, pelakon kontroversi itu sedang rapat dengan seorang wanita cantik yang merupakan ahli perniagaan dalam perusahaan permotoran. Dengarnya, wanita itu datang daripada keluarga yang kaya raya.

image is not available

Pelakon lelaki tu rupa-rupanya ada kekasih baharu. Minat mereka sama. Keduanya pun kaya, barulah sekufu.

Netizen mula meneka selebriti lelaki tersebut menjalin hubungan baru selepas ramai yang menulis bayangan di ruangan komen Instagram bekas isteri.

Pelakon tersebut juga dikatakan selalu bagi ‘like’ di setiap hantaran media sosial ahli perniagaan wanita itu.

Lapor Harian Metro lagi, perkahwinan selebriti tersebut dengan anak kepada pelakon veteran sampai ke hari ini hangat diperkatakan.

Dia juga melalui pelbagai episod dalam rumah tangga sehinggalah disahkan bercerai dengan isteri pertama.

Jeng jeng jeng!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.