Dua-dua Tak Nak Kalah, Netizen Teruja Tengok Lelaki Berlumba Makan Kuaci Dengan Monyet

Entertainment
9 Dec 2023 • 4:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jarang kita dapat melihat haiwan liar boleh bermesra dengan manusia apatah lagi ketika berada di kawasan perlancongan.

Satu video seorang lelaki sedang makan Kuaci tular apabila ditemani seekor monyet.

Kejadian itu menarik perhatian netizen yang menonton video berkenaan.

Lelaki dan monyet itu saling berkongsi Kuaci dan seakan ‘berlumba’ siapa paling pantas makan Kuaci.

Monyet itu juga turut memegang tangan lelaki itu agar memberikannya Kuaci.

Seperti kawan lama berkongsi makan itu yang boleh diungkapkan mengenai keakraban mereka.

Rata-rata netizen terkejut melihat kejinakkan haiwan yang turut menghayati Kuaci.

“Siapa berlumba takut habis.

“Dah macam member ajak makan sama,” antara komen netizen.

Haiwan liar juga tidak sepatutnya diberikan makanan kerana boleh membuatkan mereka bertindak agresif.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.