
TAWAU: Dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memburu bersama lapan yang lain di Ladang Usahawan Borneo, dekat Brumas sejak 24 Jun lalu, belum ditemukan.
Ketika laporan ini ditulis, misi mencari dan menyelamat (SAR) Iwan Musakir, 33, dan anak saudaranya Al Fajri Anto, 11, memasuki hari keempat, pada Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, SAR disambung semula pada jam 6.17 pagi selepas ditangguhkan sekitar jam 6 petang Sabtu lepas.
Menurutnya, SAR hari keempat beralih ke tempat baharu dan kawasan pencarian diperluaskan memandangkan pihaknya sudah menjalankan operasi pencarian sejauh 10 kilometer bermula dari tempat mereka memulakan pemburuan pada SAR hari ketiga.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Operasi tersebut, katanya, melibatkan enam pegawai dan anggota BBP Tawau diketuai PBK II Rosli Suyut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) lapan orang, Team Komunikasi (SAPURA) empat orang dan lima orang awam.
SAR dilancarkan pada Khamis lalu selepas pihak Bomba menerima panggilan daripada polis berhubung kejadian tersebut pada jam 8.56 pagi hari yang sama.
Jemishin berkata, kedua-dua mangsa dikhuatiri hilang ketika menjalankan aktiviti memburu sejak 24 Jun lalu di kawasan hutan berhampiran Ladang Op 6 Usahawan Borneo Brumas.
“Mangsa keluar memburu secara berkumpulan seramai lapan orang lelaki sebelum mereka berpecah kepada beberapa kumpulan ketika berada di dalam hutan.
“Usaha mencari mangsa kemudiannya dilakukan oleh rakan-rakannya namun gagal,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
