
TAWAU: Dua mangsa dikhuatiri hilang ketika keluar memburu bersama lapan yang lain di Ladang Usahawan Borneo, dekat Brumas sejak Sabtu lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, dua mangsa yang masih belum ditemui itu dikenali sebagai Iwan Musakir, 33, dan Al Fajriada, 11.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan selepas menerima pihaknya menerima panggilan daripada pihak polis berhubung kejadian itu jam 8.56 pagi, Khamis lepas.
Katanya, kedua-dua mangsa dikhuatiri hilang di hutan ketika menjalankan aktiviti memburu sejak Sabtu lalu di kawasan hutan berhampiran Ladang Op 6 Usahawan Borneo Brumas.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Mangsa keluar memburu secara berkumpulan seramai lapan orang lelaki sebelum berpecah kepada beberapa kumpulan ketika berada di dalam hutan. “Usaha mencari mangsa kemudiannya dilakukan oleh rakan-rakannya namun, kedua-dua mangsa hilang dan masih belum dijumpai,” katanya.
Jemishin berkata, SAR yang dilancar Khamis lepas ditangguhkan jam 6 petang dan akan bersambung.
Selain pasukan BBP Tawau, operasi tersebut turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
