Dua jam Rolex milik pegawai kanan polis dibeli guna wang ibu, bapa

14 Oct 2023 • 6:38 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Dua utas jam tangan mewah jenama Rolex yang dimiliki seorang pegawai kanan polis dibeli daripada hasil wang hadiah pemberian ibu dan mendiang bapanya yang merupakan seorang ahli perniagaan berjaya.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad mengesahkan perkara berkenaan berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan jabatan itu.

“Bagaimanapun, JIPS akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, pemilikan jam tangan mewah itu menjadi perhatian ramai di media sosial selepas seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis lepas atas dakwaan mencuri dua jam tangan mewah milik suaminya dua tahun lepas.

Wanita yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya yang juga pegawai polis itu dituduh mencuri jam tangan Rolex Sky Dweller dan Rolex GMT Master-II 9. - 14 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved