Pegawai Kanan Polis beli 2 utas jam Rolex RM400K+ guna duit pemberian ibu & mendiang bapa – JIPS Bukit Aman

14 Oct 2023 • 5:37 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Baru-baru ini media melaporkan seorang wanita bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mencur dua jam tangan jenama Rolex milik suaminya, pegawai polis, dalam kejadian tiga tahun lalu.

Semakan orang awam mendapati dua jam tangan Rolex Sky Dweller dan Rolex GMT Master-II 9 itu bernilai lebih dari RM400,000, mengundang perhatian ramai yang mempersoalkan kemampuan pegawai polis berkenaan.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad tampil menjelaskan bahawa, pihaknya sedang menjalankan siasatan ke atas pegawai kanan polis berkenaan.

Siasatan awal mendapati, pegawai berkenaan membeli dua utas jam tangan mewah itu menggunakan wang hadiah pemberian daripada ibu dan mendiang bapnya yang merupakan ahli perniagaan berjaya.

Walaupun begitu, polis masih menjalankan siasatan lanjut dari pelbagai sudut.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu yang menarik perhatian ramai.

Menurut Lim, PDRM wajar menjelaskan perkara itu kepada umum dan sekiranya berdiam diri, tindakan itu hanya akan memburukkan nama PDRM.

Sumber: Harian Metro