”Dua Kali Air Mata Jantan Saya Gugur” – Mas Khan Akhirnya Selamat Bernikah Dengan Anatasha

LocalEntertainment
25 May 2025 • 12:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Mas Khan kahwin

Pelakon kacak, Mas Khan, akhirnya sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Anatasha Diana, dalam majlis penuh emosi yang berlangsung pagi Ahad di Gombak, Selangor.

Menurut laporan mStar, majlis akad nikah itu menyaksikan Mas hanya sekali lafaz untuk mengikat ikatan suci perkahwinan. 

Lebih istimewa, pernikahan pasangan ini disempurnakan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Abdul Aziz Abd Mutalib.

Air mata Mas Khan gugur dua kali!

image is not available

Mas Khan, atau nama sebenarnya Mas Hidzhie Khan Mas Fadzillah Khan, 31, tidak dapat menahan air mata pada dua detik penuh makna dalam hidupnya.

Dua kali air mata jantan saya gugur. Pertama apabila melihat isteri berjalan masuk ke dalam dewan.

Air mata saya kemudiannya mengalir lagi selepas kami sah bergelar suami isteri.

Katanya lagi, kini beliau memikul satu tanggungjawab besar sebagai seorang suami, dan bersyukur segalanya dipermudahkan.

Mas kahwin dan hantaran

image is not available

Dalam majlis tersebut, Mas menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,497 serta wang hantaran RM20,000 kepada Anatasha. Pengantin perempuan juga menerima seutas gelang emas sebagai tanda kasih dan cinta.

Majlis turut dihadiri oleh ahli keluarga serta teman rapat kedua-dua mempelai.

Pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi di lokasi sama pada sebelah petang. Manakala majlis di pihak lelaki dijadualkan berlangsung pada 14 Jun nanti di Genting Highlands, Pahang.

Pssttt! Cinta sejati bukan sekadar kata, tapi tanggungjawab dan kesetiaan. Semoga perkahwinan Mas & Anatasha kekal bahagia hingga ke Jannah!

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.