
Tanpa sebarang gembar-gembur, pelakon dan pengacara terkenal Qi Razali akhirnya sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Wardah, 29, dalam satu majlis yang cukup indah dan penuh bermakna.
Menurut laporan mStar, berita mengejutkan itu diumumkan oleh Fedtri Yahya menerusi laman X miliknya pada pagi Ahad. Malah, Fedtri turut bertindak sebagai pengacara majlis pernikahan pasangan berkenaan.
Mengacarakan majlis pernikahan Babah
Majlis bertemakan taman dipercayai di Perak

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan, Qi atau nama penuhnya Qushairi Mohammed Razali Wong, 48, kelihatan tampan mengenakan busana pernikahan putih bersama isteri tercinta yang juga tampil anggun sedondon.
Majlis pernikahan itu dikatakan berlangsung di sebuah lokasi terbuka berkonsepkan taman di Gopeng, Perak, dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Wardah, wanita yang menambat hati Qi Razali

Sebelum ini, Qi pernah mengesahkan bahawa dirinya telah bertunang, namun memilih untuk tidak mendedahkan identiti pasangannya kepada umum.
Kini segalanya terjawab apabila wajah manis Wardah terpampang di media sosial dan ramai mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan ini.
Pssttt! Jodoh itu rahsia Allah, dan yang terbaik pasti hadir tepat pada waktunya. Semoga pasangan ini kekal bahagia dan saling melengkapi hingga ke syurga.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
The post
appeared first on
.

