Dua Kali Ditangkap Khalwat, Janda Anak Satu Jadi Wanita Pertama Kena Hukuman Sebat Di Terengganu

19 Apr 2024 • 11:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang ibu tunggal anak satu menjadi individu pertama yang dikenakan hukuman sebat di Terengganu selepas wanita itu membuat pengakuan bersalah atas kesalahan khalwat berulang.

Hukuman itu diperintahkan oleh Hakim Kanan Syarie Rosdi Harun di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu kepada Nurfifi Amira Nawi, 37, yang bekerja sebagai juruwang.

image is not available

 

Enam sebatan, denda RM4,000

Menurut laporan, tertuduh diperintahkan dikenakan enam sebatan dan denda RM4,000 atas kesalahan kali kedua yang dilakukan pada awal tahun ini.

Sekiranya gagal membayar denda RM4,000 itu, Nurfifi Amira berhadapan dengan hukuman penjara selama lapan bulan.

Mengikut pertuduhan, Nurfifi Amira didakwa berkhalwat dengan seorang lelaki berusia 40 tahun di sebuah rumah di Taman Geliga, Kemaman pada pukul 3.15 petang, 31 Januari lalu.

Nurfifi Amira didakwa mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 yang memperuntukkan hukuman maksimum enam sebatan, denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.

image is not available

 

Pernah ditangkap khalwat pada 2018

Manakala sebelum ini, tertuduh dilaporkan pernah didenda RM3,000 atas kesalahan berkhalwat pada tahun 2018.

Sebelum ini, seorang buruh binaan menjadi pesalah pertama di Terengganu dikenakan hukuman sebatan atas kesalahan melakukan kesalahan khalwat berulang.

Pengakuan bersalah Nurfifi Amira menjadikannya pesalah kedua sekaligus merupakan pesalah wanita pertama yang dikenakan sebatan disebabkan kesalahan tersebut.

image is not available 1 month ago

Kecoh Isu Khalwat, Kenyataan Dr Zulkifli Undang Amarah Netizen - "Buat Keputusan Ketika Marah, Kurang Tepat Biasanya.."