Dua Kanak-Kanak Lelaki Maut Basikal Dirempuh Kereta 

22 Nov 2025 • 8:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dua Kanak-Kanak Lelaki Maut Basikal Dirempuh Kereta 

ALOR SETAR, 22 Nov (Bernama) — Dua kanak-kanak lelaki maut selepas basikal ditunggang mereka dirempuh kereta di Kampung Sedaka Tengah di Yan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Yan Superintenden Mohamad Hamizi Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.25 pagi daripada orang awam memaklumkan kejadian melibatkan masing-masing sebuah kereta dan basikal.

“Mangsa yang berusia 10 dan 11 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Hamizi berkata mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.

Beliau berkata pemandu kereta telah ditahan dan ujian saringan awal air kencing didapati negatif.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Bernama

The post Dua Kanak-Kanak Lelaki Maut Basikal Dirempuh Kereta  appeared first on Siakap Keli.