Dua kanak-kanak lemas, seorang lelaki hilang ketika mandi di Pantai Bagan Lalang

4 Jun 2023 • 5:54 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PUTRAJAYA, 4 JUN: Dua kanak-kanak perempuan lemas manakala seorang lelaki berusia lingkungan 30-an hilang ketika mandi di Pantai Bagan Lalang, Selangor, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 2.34 petang dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang tiba di tempat kejadian kira-kira 23 minit kemudian.

“Mangsa iaitu kanak-kanak perempuan berumur tujuh dan sembilan tahun ditemukan 50 meter dari lokasi kejadian dan kematian mereka disahkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mangsa lelaki pula masih belum dijumpai. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pihak bomba,” menurut PGO dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihak bomba telah membuka pos kawalan operasi di tempat kejadian untuk mencari mangsa. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved