Dua kanak-kanak terselamat, 2 hari selepas tanah runtuh landa Filipina

9 Feb 2024 • 3:15 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MANILA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan bayi lelaki berusia dua bulan berjaya diselamatkan selepas kejadian tanah runtuh melanda beberapa perkampungan di wilayah Davao de Oro Filipina dua hari lepas, menurut Persatuan Palang Merah Filipina pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan pengerusi agensi kemanusiaan itu Dick Gordon berkata kedua-dua mangsa yang terselamat segera dikejarkan ke hospital di bandar berdekatan, lapor Xinhua.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku malam Selasa berhampiran tapak perlombongan di bandar Maco, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang manakala 34 penduduk cedera.

Lebih 100 lagi masih hilang dipercayai tertimbus akibat bencana itu, menurut kerajaan wilayah.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved