Dua kanak-kanak yang terperangkap 17 jam di bawah runtuhan berjaya diselamatkan

8 Feb 2023 • 4:45 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KAHRAMANMARAS: Dua kanak-kanak yang terperangkap di bawah runtuhan selama 17 jam telah berjaya diselamatkan.

Runtuhan bangunan susulan gempa bumi di Turkiye telah menyebabkan ramai mangsa yang terperangkap termasuklah kanak-kanak.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial menunjukkan keadaan di mana dua orang kanak-kanak perempuan terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Kanak-kanak perempuan itu dilihat bersama adiknya terbaring dan tidak dapat menggerakkan badan kerana telah dihempap dengan serpihan konkrit bangunan yang runtuh.

Ketika mereka berdua ditemui, kanak-kanak yang dipercayai seorang kakak merayu agar dia dah adiknya dikeluarkan dan berhasrat untuk melakukan apa sahaja walaupun sebagai orang suruhan sebagai balasan membantu mereka.

Difahamkan, ibu bapa mereka telah terkorban dalam kejadian gempa bumi di Turkiye.

MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

image is not available

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia