[VIDEO] "Dah Tua Pun B*d*h" - Aksi Bapa Tekan Pedal Bawa Anak Buat Netizen Bengang!

8 Feb 2023 • 4:09 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Tindakan seorang bapa yang membawa kereta dengan laju walaupun dua anaknya berada di kerusi penumpang sebelah menerima kecaman pengguna di media sosial.

Video berdurasi 25 saat yang dimuat oleh seorang pengguna Twitter malam tadi, telah mendapat perhatian orang ramai berikutan kedua-dua anaknya itu tidak dipasangkan 'car seat’ (kerusi keselamatan kanak-kanak).

“Ingin rasa duduk sebelah, ok layan,” tulis bapa itu di dalam videonya sambil bertindak membawa kereta dengan sangat laju.

Kelihatan kedua-dua anaknya berasa takut dan berpaut kuat dengan tali pinggang keledar, sambil melihat bapa mereka memandu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan bapa tersebut yang tidak bertanggungjawab kerana dianggap boleh membahayakan nyawa kanak-kanak terbabit.

“Budak-budak itu tidak nampak teruja langsung. Harap pihak berkuasa segera buat sesuatu,” komen Izyan.

“Kalau anak-anak itu meninggal sebab kemalangan kereta, dan kau pula hidup. Memang salah kau, menangis pun tiada guna,” komen pengguna yang lain pula.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved