Dua kapal tangki minyak meletup di Selat Hormuz

WorldPolitics
2 Nov 2026 • 11:25 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua kapal tangki minyak meletup di Selat Hormuz

TEHERAN: Dua kapal tangki minyak meletup selepas terkena periuk api laut di Selat Hormuz, menurut Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC).

Salah sebuah kapal itu, sebuah kapal tangki minyak gergasi, masih terbakar selepas berlaku letupan kuat, menurut pasukan berkenaan dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua kapal berkenaan mematikan sistem navigasi dan pengenalan masing-masing dalam usaha melalui laluan yang tidak dibenarkan, selain beroperasi dengan sokongan ketenteraan Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua kapal itu tidak lagi dapat bergerak selepas letupan berkenaan, menurut kenyataan tersebut.

Sejak perang tercetus pada 28 Februari, Iran mendakwa menguasai Selat Hormuz, laluan penting bagi perdagangan tenaga global dan berulang kali menyasarkan kapal yang cuba melaluinya tanpa kebenaran negara itu.

Dalam pada itu, AS pula mengenakan sekatan balas laut terhadap pelabuhan Iran. – AGENSI

 

The post Dua kapal tangki minyak meletup di Selat Hormuz appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved