Dua kawasan di Alor Gajah dilanda banjir

LocalEnvironment
11 Jul 2026 • 2:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua kawasan di Alor Gajah dilanda banjir
Tangkap layar video keadaan banjir di pekan Masjid Tanah Melaka. Sumber video pengguna media sosial

ALOR GAJAH - Dua kawasan di Alor Gajah di sini dinaiki air susulan hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak 6 pagi pagi tadi.

Pengarah APM Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, hingga 12.30 tengah hari tadi, kawasan terjejas banjir ialah Taman Ria Masjid Tanah dan Jalan Bandar Baru Masjid Tanah, namun jumlah penduduk atau rumah terjejas masih belum diperoleh.

"Kawasan berkenaan dinaiki air susulan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai atau parit melimpah.

"Bagaimanapun, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka dan pemantauan berterusan di kawasan yang terlibat sedang dilakukan oleh anggota APM serta agensi berkaitan," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Hujan lebat berterusan turut dilaporkan berlaku di Melaka Tengah dan Jasin namun setakat ini tiada kawasan dilaporkan dinaiki air. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved