Dua Kek Bulan Keluaran Syarikat Malaysia Dikesan Mengandungi Bakteria – SFA

Health & Fitness
28 Sep 2023 • 11:28 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dua Kek Bulan Keluaran Syarikat Malaysia Dikesan Mengandungi Bakteria – SFA

Agensi Makanan Singapura (SFA) menarik balik penjualan dua jenis kek bulan di pasaran selepas didapati mengandungi paras bakteria yang tinggi dan menyebabkan keracunan makanan, lapor The Straits Times.

Dalam satu kenyataan dibuat SFA pada Rabu, agensi itu berkata bahawa mereka mengesan Staphylococcus aureus (S. aureus) dalam kek bulan Joymom’s Musang King Snowskin.

Agensi itu juga menjumpai aflatoksin, sejenis toksin yang dihasilkan oleh kulat dalam Fragrance’s Single Yolk Lotus Paste Baked Mooncake.

Kedua-dua bahan itu berada pada tahap melebihi had maksimum yang dinyatakan dalam peraturan makanan Singapura, kata SFA.

Selain itu, pengimport produk iaitu Taste Right dan Fragrance Foodstuff telah diarahkan oleh agensi itu untuk memanggil semula produk kek bulan tersebut.

S. aureus biasanya ditemui di alam sekitar dan pada kulit manusia atau hidung.

Ia boleh menyebabkan keracunan makanan apabila ia dimasukkan ke dalam makanan semasa proses pengeluaran.

Terutamanya apabila kebersihan tangan yang tidak baik diamalkan oleh pekerja pemprosesan makanan tersebut.

Gejala keracunan termasuk loya, muntah, kekejangan perut dan cirit-birit secara tiba-tiba.

Aflatoksin sebaliknya boleh mencemari makanan akibat pencemaran kulat yang dikenali sebagai genotoksik dan karsinogenik.

Di mana ia boleh merosakkan DNA dan menyebabkan kanser, tambah agensi SFA lagi.

Makanan yang boleh tercemar disebabkan toksin ini adalah bijirin, kacang, oilseed dan makanan diproses yang mengandungi bahan-bahan ini.

Menurut SFA, ia adalah penting untuk mengekalkan pendedahan kepada aflatoksin serendah yang mungkin.

Tarikh luput bagi Joymom’s Musang King Snowskin Mooncake adalah 5 Mac tahun 2024

Manakala, Fragrance’s Single Yolk Lotus Paste Baked Mooncake pula pada 20 Oktober 2023.

Kedua-dua produk tersebut dikatakan telah diimport dari Malaysia.

SFA turut meminta agar pengguna yang membeli kek bulan yang terjejas tersebut tidak memakannya.

Pengguna yang telah memakan produk itu dinasihatkan dan mengambil berat berkenaan kesihatan mereka digalakkan untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Sementara itu, pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan juga boleh menghubungi pembelian kek bulan tersebut.