Dua kereta rosak ditimpa pokok tumbang

29 Sep 2026 • 6:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua kereta rosak ditimpa pokok tumbang
Pokok tumbang itu menimpa dua kenderaan iaitu Perodua Bezza dan Perodua Alza di Jalan Simpang Pulai-Lahat, Station 18 berhampiran sebuah pasar raya, Ipoh pada Selasa.

IPOH – Dua buah kereta rosak selepas dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Simpang Pulai-Lahat, Station 18 berhampiran sebuah pasar raya, di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.26 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh kemudian dikejarkan ke lokasi dan tiba tiga minit kemudian.

“Pokok tumbang itu menimpa dua kenderaan iaitu Perodua Bezza dan Perodua Alza. Terdapat enam mangsa daripada kedua-dua kenderaan tersebut.

“Mangsa yang berada di dalam kenderaan berkenaan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.

Katanya, anggota bomba kini menjalankan kerja-kerja pemotongan pokok bagi mengalihkan pokok yang menghempap kedua-dua kenderaan berkenaan.

“Seramai tujuh anggota terlibat dalam operasi dengan menggunakan dua buah jentera.

“Maklumat lanjut mengenai kejadian akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved