Dua konsert mega gegar Miri

LocalEntertainment
4 May 2025 • 5:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mohd Nazllie Zainul

BANDARAYA Miri bakal menjadi pentas utama dua konsert mega yang dijangka menggamatkan Bumi Kenyalang pada bulan ini.

Lebih menarik kedua-dua konsert adalah percuma buat semua rakyat Sarawak dan lokasi berhampiran.

Disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak kedua-dua konsert terbabit dibawakan oleh TVS dengan kerjasama Astro.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Penganjuran dua konsert berkenaan bukan sahaja memaparkan gabungan hebat antara dua jenama hiburan terbesar negara namun ia juga menandakan satu lagi kejayaan dalam memperluaskan jangkauan industri kreatif ke utara Sarawak.

Konsert MeleTOP TVS akan diadakan pada 17 Mei bertempat di Stadium Tertutup Miri dan disusuli oleh rakaman khas MeleTOP keesokan harinya sekali gus kali pertama program hiburan popular tersebut dibawa keluar dari Lembah Klang.

Barisan artis yang bakal menghiasi pentas termasuklah Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Stacy, Dolla, Floor 88, Namie dan ramai lagi.

Satu gabungan mantap antara budaya tradisional Borneo dan muzik pop kontemporari yang pasti memukau penonton.

Selain itu kemeriahan hiburan masih diteruskan pada 21 Mei menerusi Konsert Berkat Gawai-Kaamatan.

Bermula sekitar jam 7.30 malam konsert terbabit akan menampilkan Ratu Rock Negara Ella sebagai peneraju utama.

Artis yang akan membuat persembahan adalah Bob Yusof, Ramles Walter, Dabra Sia, Velvet Aduk, Roxy Ixzy, SMDX serta artis jemputan dari Kalimantan Marina Jara.

Turut disiarkan pada 31 Mei jam 9 malam di TVS konserta berkenaan merupakan satu penghargaan kepada warisan dan budaya masyarakat Sarawak, Sabah dan Kalimantan di samping meraikan perpaduan melalui muzik.

Sementara itu Menteri Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pihaknya menyokong penganjuran program berskala besar di Miri.

“Ini merupakan satu pencapaian besar buat industri kreatif kita. Kami bangga serta tahniah kepada TVS dan Astro atas kerjasama luar biasa ini.” katanya.