Dua kumpulan bergaduh gara-gara main mercun

LocalPolitics
17 Mar 2026 • 10:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azizee Ismail

GEORGE TOWN - Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian pergaduhan membabitkan dua kumpulan di Kampung Melayu, Air Itam seperti yang tular menerusi media sosial pada Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, pihaknya akan memohon perintah untuk siasat (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

"Polis akan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan pada masa sama akan mohon OTI daripada TPR," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Terdahulu, tular menerusi media sosial satu video berdurasi 1 minit 47 saat memaparkan dua kumpulan individu bertengkar mulut termasuk saling memaki hamun dipercayai berpunca daripada aktiviti bermain mercun dan bunga api.

Difahamkan satu daripada kumpulan itu bermain mercun berhampiran kawasan rumah penduduk malam malam sehingga menimbulkan kemarahan keluarga yang tinggal di situ dan bertindak menegur mereka sebelum berlarutan sehingga menjadi pertengkaran mulut serta hampir mencetuskan pergaduhan fizikal. - Bernama