Dua Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia di Mekah, Angka Meningkat Tujuh Orang

4 Jun 2025 • 4:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dua lagi jemaah disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdullah, Mekah, menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini meningkat kepada tujuh orang.

Mengikut laporan Utusan Malaysia, jemaah keenam dikenali sebagai Siti Hawa Ibrahim, 64, berasal dari Terengganu meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 9.32 malam semalam.

image is not available

Foto: Utusan Malaysia

Allahyarhamah merupakan jemaah haji yang menginap di Hotel Land Premium.

Sementara itu, kematian ketujuh melibatkan Abdul Halim Awang, 76, dari Alor Setar, Kedah yang meninggal dunia pada jam 2.45 pagi hari ini akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ.

image is not available

Foto: Utusan Malaysia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa pihak Tabung Haji telah menguruskan semua urusan berkaitan serta telah memaklumkan kepada waris masing-masing.

“Waris-waris telah dimaklumkan dan pihak Tabung Haji akan menguruskan semua perkara berkaitan. Sama-sama kita doakan agar roh kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia (Firdaus Hassan)