Yuhuai (Tony)Wu dan Jimmy Ba dua pengasas xAI mengumumkan peletakan jawatan daripada syarikat awal pagi tadi. Tiada sebab diberikan tetapi kedua-duanya mengucapkan terima kasih kepada Elon Musk dan mengatakan Wu mengatakan bersedia untuk memulakan lebaran baru dalam hidup.

Seperti OpenAI, xAI juga mempunyai isu peletakan jawatan pengasas dan pekerja awal syarikat. Hanya 6 daripada 12 pengasas xAI masih tinggal dalam syarikat yang sudah diserap masuk ke dalam SpaceX minggu lalu. Antara yang turut telah meninggalkan syarikat tahun lalu ialah Igor Babuschkin yang merupakan ketua kejuruteraan xAI dengan beliau sebelum itu adalah ketua pembangun AlphaStar di Google DeepMind.
Dengan teknologi AI kini menerima perhatian pelabur, ramai penyelidik dan saintis data menggunakan kesempatan ini untuk menubuhkan syarikat tersendiri. Yann LeCun meninggalkan Meta Super Intelligence Labs untuk membangunkan kecerdasan mesin lanjutan (AMI) yang menurut beliau adalah lebih berguna berbanding pembangunan LLM untuk mencapai AGI.



