Dua Lagi Produk Meizu Akan Ke Malaysia, Telefon Dan Kaca Mata AR

TechnologyDigital
19 Jun 2024 • 5:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meizu nampaknya serius dalam mengembangkan penawaran produk mereka ke pasaran Malaysia. Selepas kejayaan melancarkan Meizu 21 beberapa bulan lepas, mereka kini ingin membawa masuk dua lagi produk baharu iaitu sebuah telefon dan kaca mata AR.

image is not available

Telefon ini masih tidak dijelaskan model mana, ia mungkin Meizu 21 Note dalam kelas pertengahan premium atau Meizu 21 Pro dalam kelas mercu premium. Meizu memberitahu mereka ingin fokus kepada ekosistem DreamSmart dan ekosistem FlyMe dengan strategi Smartphone + XR + Smart Car. Oleh yang demikian kaca mata MYVU AR Smart Glasses turut akan dibawa masuk. Menurut Meizu, kaca mata ini menyokong sambungan dengan Apple Watch serta boleh digunakan dalam kereta untuk arahan selok-belok dalam mod realiti terimbuh.

Semasa Meizu 21 dijual di Malaysia, ia adalah peranti Snapdragon 8 Gen 3 paling murah di pasaran. Jadi peranti mereka yang seterusnya boleh dijangka akan dijual pada harga yang kompetitif. Pasaran kaca mata AR di Malaysia tidak cukup luas, setakat ini jenama besar yang bawa masuk hanyalah Lenovo dengan Legion Glasses mereka jadi jika MYVU dijual diharapkan harganya juga adalah mampu milik.