Dua Lelaki Diburu Polis, Selamba Kencing Merata Padahal Tandas Dekat Je

14 Jun 2022 • 11:14 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Gambar dua orang lelaki yang berkelakukan tak senonoh, selamba kencing di tempat awam berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang telah tular di media sosial.

Menerusi laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin mengesahkan kejadian tersebut berlaku di laluan masuk kenderaan ringan dari Singapura ke Malaysia dalam jam 11 pagi.

image is not available

image is not available

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika kesesakan aliran lalu lintas kenderaan dari Singapura ke Malaysia.

Jarak dari gambar tular itu ke tandas awam berdekatan adalah kira-kira satu kilometer, sekiranya pemilik kenderaan yang meninggalkan kenderaannya dibahu jalan dan berjalan kaki untuk ke tandas awam akan menyebabkan kesesakan bertambah teruk.

Kalau betul dah tak tahan sangat, cari lah alternatif lain kan? Mungkin sorang kawannya boleh tunggu dekat dalam kereta dan sorang lagi pergi lari ke tandas.

Apa-apa pun, selagi boleh tahan, tahan lah ye. Jangan sesuka hati kencing merata di tempat awam.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media