“Takde Duit Jangan Naik Kereta” – Netizen Kecam Tindakan Pemandu Rakam Aksi Cucuk Belakang Kereta Di Tol

Cars
14 Jun 2022 • 11:57 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Bercakap mengenai sikap pemandu di Malaysia, pasti kita dapat lihat pelbagai ragam yang ditunjukkan di atas jalan raya.

Kadang-kadang, tindakan sesetengah pemandu yang pentingkan diri akan menyebabkan pemandu-pemandu lain yang mematuhi undang-undang jalan raya terkena tempiasnya.

Rakam aksi tidak bayar tol

Tular satu video dimuatnaik pengguna bernama anakjantan96 di TikTok yang menunjukkan seorang lelaki mengekori rapat sebuah kenderaan di hadapannya ketika berada di laluan tol.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pemandu tersebut telah melakukan perbuatan yang salah itu sebanyak dua kali.

Habis lah bang polis cari

Perkongsian yang dimuatnaik itu mula tular dan mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka menyelar tindakan pemuda berkenaan yang mencucuk kenderaan di hadapannya kerana enggan membayar tol.

image is not available

image is not available

image is not available

Haihh masih ada lagi pemandu bersikap begini di atas jalan raya. Harap-harap mereka ni ditangkap pihak berkuasa. Barulah sedar langit tu tinggi atau rendah.

Kredit: TikTok anakjantan96

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media