Dua lelaki didakwa bunuh penganggur

13 Jan 2023 • 2:00 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penganggur dalam status orang pengawasan polis, pada akhir bulan lepas.

M. Shart Yanantham Naidu, 28, dan G. Kesevaraj, 31, didakwa bersama-sama dengan sengaja melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian T. Murthi, 37, di Taman Klebang Putra, Chemor di sini antara 10.40 malam hingga 11.28 malam pada 30 Dis lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azhar manakala kedua-dua tertuduh yang bekerja sendiri diwakili peguam Datuk Sheelan Arjunan. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved