Dua Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Di Pantai Batu Layar

21 Jul 2024 • 1:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dua Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Di Pantai Batu Layar

Dua lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Pantai Batu Layar, Bandar Penawar di Kota Tinggi, pada pagi Ahad.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 9.38 pagi itu dilaporkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai.

Komander Operasi dari BBP Punggai, Mohammad Saifulizam Mohd Rofi, menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada waktu tersebut. Sejurus menerima panggilan, enam anggota bomba bersama jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar dua lelaki dewasa berumur dalam lingkungan 20-an, lemas semasa mandi di pantai tersebut.

“Jarak dari persisiran pantai dengan lokasi mangsa dilaporkan lemas dianggarkan lebih kurang lima kilometer (km),” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan oleh pasukan bomba dan sebarang perkembangan lanjut mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, dorang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan sentiasa mengutamakan keselamatan ketika berada di kawasan pantai, terutamanya ketika ombak dan arus kuat.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved