
Kota Kinabalu: Dua lelaki yang didakwa mengedar 2,114.7 gram syabu, diperintah membela diri.
Hakim Mahkamah Tinggi Amelati Parnell membuat perintah itu terhadap Mohd Haffiz Nizam Mohd Amin, 32, dan Suhendra Sundu, 34, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Pembelaan Haffiz dan Suhendra ditetapkan pada 28 dan 29 Feb tahun depan.
Dua rakan tersebut didakwa bersama mengedar dadah itu pada 2.50 petang 1 Julai 2021 di tepi jalan di hadapan kedai Posstore di Lorong Suria Inanam 3, Suria Inanam 3, Inanam.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan.
Pihak pendakwaan telah memanggil sembilan saksi semasa perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azreena Yaz manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Hairul Vyron dan Luke Ressa Balang.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
