Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh akauntan

13 Dec 2023 • 5:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang akauntan sebuah syarikat swasta yang ditemukan di tepi Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata kedua-dua mereka yang berusia antara 25 hingga 35 tahun itu ditahan semalam di sekitar Lembah Klang dan merupakan rakan kepada mangsa.

“Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kedua-dua individu ini direman bermula semalam hingga 18 Dis ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan pukulan objek tumpul di beberapa bahagian badan namun lokasi kejadian masih belum dikenal pasti.

Terdahulu, lelaki berusia 28 tahun itu ditemukan mati dalam keadaan tertiarap dan tidak berpakaian oleh orang awam kira-kira 6 pagi, 11 Dis lepas. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved