Dua Lelaki Ditahan Kes Bunuh Ibu Tunggal, Leher Mangsa Ada Kesan Kelar

5 Feb 2026 • 11:33 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang wanita yang ditemukan mati, dipercayai dibunuh di kediamannya di tingkat satu Flat Sri Murni, Sungai Dua, Butterworth pada Rabu.

Dua lelaki ditahan kes bunuh ibu tunggal

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata kedua-dua lelaki itu ditahan beberapa jam selepas kejadian di sekitar daerah itu.

“Kedua-dua suspek direman hari ini bagi membantu siasatan kes itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
image is not available

Foto: Media sosial

Azizee berkata, polis masih menunggu laporan bedah siasat mangsa yang dijalankan di Hospital Kepala Batas hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kes bunuh ibu tunggal, ada kesan kelar pada leher

Semalam, media melaporkan kes bunuh ibu tunggal yang berusia 41 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil di sebuah bilik dalam rumah berkenaan dengan kesan kelar pada lehernya.

Artikel lain: Suami Isteri Dibunuh? Mayat Ditemui Anak Dalam Keadaan Tragis

image is not available

Foto: Media sosial

Difahamkan, kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh jiran pada 1.40 tengah hari selepas mangsa tidak memberi sebarang respons meskipun pintu rumahnya didapati terbuka manakala pagar jeriji berkunci.

Mangsa dikatakan mengambil upah menghantar beberapa pelajar yang tinggal di flat berkenaan ke sekolah dan menetap di rumah itu bersama anak lelakinya yang berusia 15 tahun.

Sumber: Bernama

The post Dua Lelaki Ditahan Kes Bunuh Ibu Tunggal, Leher Mangsa Ada Kesan Kelar appeared first on Borak Daily.