“Ditahan 8 Jam, Tak Boleh Makan & Ke Tandas” — Bekas Pekerja Dakwa Dikurung Di Ibu Pejabat Syarikat Selagi Tak Bayar RM11K

LocalPolitics
5 Feb 2026 • 3:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang bekas pekerja sebuah syarikat beg kulit dan bagasi membuat laporan polis di mana dia telah  ditahan di ibu pejabat syarikat itu selama kira-kira lapan jam, tidak dibenarkan makan, minum atau menggunakan tandas, dan hanya dilepaskan jika memindahkan sejumlah wang.

Bekas pekerja syarikat barangan kulit  juga mendakwa telah dibuang kerja tanpa sebarang notis serta tidak menerima gaji terakhirnya.

Advertisement

image is not available

Menurut laporan polis bertarikh 3 Februari, pengadu dipanggil ke ibu pejabat syarikat yang terletak di Bandar Sri Damansara pada 23 Januari lalu.

Dia mendakwa telah ditunjukkan satu senarai barangan hilang bernilai lebih RM66,000 dan dimaklumkan bahawa dia bersama lima kakitangan lain bertanggungjawab terhadap kehilangan tersebut.

image is not available

Pengadu juga mendakwa dia tidak dibenarkan meninggalkan pejabat, makan, minum atau menggunakan tandas, malah dipaksa menanggalkan bajunya sebelum rakan-rakannya memindahkan wang bagi membolehkan dia dibebaskan.

Individu berkenaan yang bekerja sebagai pembantu cawangan di sebuah outlet di Pulau Pinang turut mendakwa dia ditamatkan perkhidmatan tanpa notis bertulis dan tidak menerima gaji bulan terakhir berjumlah RM1,500.

“Tangan saya menggigil kerana terlalu cemas,” menurut laporan itu.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 2 Februari, pihak syarikat mengesahkan sedang menjalankan siasatan dalaman selepas satu audit stok mendapati terdapat inventori hilang bernilai lebih RM60,000.

Pihak syarikat turut menyifatkan dakwaan yang tersebar di media sosial sebagai “tidak tepat, mengelirukan dan berdasarkan maklumat yang tidak lengkap”.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-05 14:39:13

Wajah Wanita Ini Berubah Menjadi 'Nenek Kebayan', Dakwa Diludah Jin Ketika Mandi Di Bukit Hijau

The post “Ditahan 8 Jam, Tak Boleh Makan & Ke Tandas” — Bekas Pekerja Dakwa Dikurung Di Ibu Pejabat Syarikat Selagi Tak Bayar RM11K first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.