Dua lelaki ditahan miliki syabu di Lahad Datu

11 Aug 2025 • 2:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Dua lelaki tempatan ditahan secara berasingan dalam Operasi Tapis di Kampung Puyut atas kesalahan memiliki dadah pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata suspek pertama adalah seorang buruh berusia 32 tahun yang ditahan selepas polis menemui 0.54 gram syabu dalam pemilikannya.

“Suspek juga didapati positif dadah jenis Amfetamin dan Metamfetamin.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Selain itu lelaki sama mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya.

Sementara itu polis menahan seorang penganggur berusia 47 tahun kerana memiliki 0.25 gram syabu.

Menurut Dzulbaharin lelaki terbabit mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kes pertama juga akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam pada itu Dzulbaharin menambah operasi tersebut mencerminkan komitmen Polis Lahad Datu dalam membanteras aktiviti jenayah di daerah ini.