
TAWAU: Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 19 tahun berhubung kes seorang lelaki dicederakan dengan besi tombak, yang dilaporkan berlaku di Batu 3 Jalan Apas di sini, pada bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata suspek ditahan kira-kira jam 10.45 pagi Khamis di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kurnia Jaya Batu 4 Jalan Apas, di sini.
“Mengikut aduan mangsa, yang juga seorang buruh binaan berumur 47 tahun, kejadian itu berlaku pada 25 Julai lepas di hadapan sebuah rumah di Batu 3 Jalan Apas,” katanya di sini pada Jumaat.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Jasmin berkata pengadu menemui dua lelaki, termasuk suspek, kira-kira jam 6 pagi pada hari kejadian untuk bertanyakan kehilangan telefon pintarnya, sebuah Redmi 9A berwarna biru.
Salah seorang lelaki itu mendakwa tidak mengetahui tentang kehilangan telefon pintar mangsa, namun suspek dilaporkan secara tiba-tiba mengambil sebatang tombak besi.
“Selepas itu suspek bertindak agresif apabila menghalakan tombak itu ke arah pengadu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan koyak pada bahagian pipi dan bahu kirinya,” katanya.
Pengadu, biarpun cedera, sempat lari menyelamatkan diri sebelum tampil membuat aduan mengenai kejadian terbabit di balai polis kira-kira jam 7.22 pagi hari sama.
Suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), sekali gus membawa kepada penemuan sebatang tombak besi berwarna perak sepanjang 215 sentimeter.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan keana sengaja mendatangkan kecederaan dengan senjata berbahaya, dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, katanya.


