Dua lelaki maut kereta bertembung lori

6 Sep 2023 • 5:54 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

TANGKAK: Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di KM39.9, Jalan Muar-Tangkak, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata kemalangan pada 7.05 pagi itu menyebabkan kedua-duanya yang berusia 25 dan 24 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera pada bahagian muka dan kepala.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi dari arah Tangkak itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

“Pada masa sama, datang sebuah lori dari hadapan dan tidak sempat mengelak menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tangkak untuk bedah siasat dan kemalangan disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved