Amalan membantu mereka yang berada dalam kesusahan menjadi cerminan nilai murni dalam masyarakat. Tindakan ini tidak hanya meringankan beban orang lain tetapi juga menguatkan nilai kemanusiaan yang patut diamalkan setiap hari.
Seorang pengguna TikTok, Ruhaizak, berkongsi pengalaman tentang satu insiden yang berlaku ketika beliau dalam perjalanan pulang dari kerja. Menurutnya, kejadian itu berlaku semasa beliau pulang dari kerja.
Ketika sedang memandu, Ruhaizak dihentikan oleh sekumpulan pelancong dari China yang mengalami masalah tayar kereta sewa yang dipercayai rosak.
kejadian balik kerja td..
Pelancong tersebut menghadapi kesukaran kerana ketiadaan alatan untuk membuka tayar yang dikunci menggunakan ‘lock nut’. Seorang lelaki yang kebetulan berada di situ turut tampil membantu. Namun, alatan yang dibawanya tidak sesuai dan sempat pulang ke rumah untuk mengambil alatan lain. Namun, usaha untuk membuka tayar itu masih gagal.
Selepas memeriksa bahagian dalaman kereta, Ruhaizak akhirnya menemui pembuka lock nut di dalam ‘arm rest’ dan akhirnya masalah tersebut dapat diselesaikan.
Sebagai tanda penghargaan, pelancong berkenaan menghulur wang dan air minuman. Namun mereka berdua hanya menerima pemberian air tin dan menolak pemberian wang kerana ikhlas membantu.
“Dia tak tahu kami ikhlas membantu,” ujar Ruhaizak.
Kisah ini mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji tindakan tersebut. Ada yang percaya bahawa menolong orang lain akan membawa manfaat kepada diri sendiri suatu hari nanti, manakala yang lain memuji rakyat Malaysia kerana bersikap baik tanpa mengira bangsa dan agama.
Tindakan ini menunjukkan bahawa kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas, walaupun kecil, boleh memberi impak besar kepada orang lain dan mencerminkan imej positif rakyat Malaysia kepada dunia.
The post Dua lelaki prihatin bantu pelancong China terkandas, raih pujian netizen appeared first on The Reporter.

