Dua Lelaki Termasuk OKU Kudung Tangan Didakwa Rompak Barang Kemas

30 Dec 2024 • 3:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Padah merompak dua guni berisi 160 bungkusan barang kemas di hadapan sebuah kedai vape di Bagan Ajam, dua lelaki termasuk orang kelainan upaya (OKU) kudung tangan kanan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth.

Walau bagaimanapun, kedua-dua tertuduh iaitu Muhammad Zaim Goh Abdullah, 42, dan Mah Cheow Chuen, 43, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nurzafirah Mohamed Ali.

Rompakan dilakukan secara berkumpulan

image is not available

Mengikut kertas pertuduhan, mereka berdua didakwa merompak dua guni berisi 160 bungkusan barang kemas di hadapan sebuah kedai vape di Bagan Ajam, kira-kira jam 7.35 petang. Salah seorang daripada mereka telah menggunakan sebilah parang semasa kejadian.

Oleh yang demikian, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah benarkan ikat jamin

image is not available

Kedua-dua tertuduh dibenar ikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Januari 2025 untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.

#OhmediaNasihat

Perbuatan jenayah seperti merompak bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi juga boleh merosakkan masa depan si pelaku dan keluarga mereka.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian