Dua lelaki termasuk Rohingya didakwa seludup migran

LocalPolitics
14 Jul 2026 • 3:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua lelaki termasuk Rohingya didakwa seludup migran
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. Foto hiasan

CHUKAI - Dua lelaki termasuk seorang etnik Rohingya didakwa di Mahkamah Sesyen Kemaman di sini pada Selasa, atas pertuduhan menyeludup seorang migran warga Myanmar.

Mohamad Ismail Mohamad Siddik, 32, dan warga tempatan Noor Effendy Yusoh@Zakaria, 41, masing-masing mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Tiada pengakuan direkodkan, kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa telah menyeludup seorang migran iaitu lelaki warganegara Myanmar berusia lingkungan 20-an di tepi Kilometer 255.3, Lebuh Raya Pantai Timur 2 Perasing menghala ke Kuala Lumpur pada jam 11.30 pagi, 24 April.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau kedua-duanya.

Hakim Wan Suhaila Mohd tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 18 Ogos untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hafizudin Manjur Ahmad dan Noradila Abdul Latif, manakala kedua-dua lelaki itu tidak diwakili peguam. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved