
Dua Lipa Bakal Tiba Di Kuala Lumpur November Ini
Siapa di sini merupakan peminat Dua Lipa? Kalau nak tahu, penyanyi kelahiran Albania itu bakal menggegarkan Malaysia dalam siri jelajahnya ke Asia tidak lama lagi.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi itu di Instagram, Kuala Lumpur menjadi salah satu destinasinya untuk bertemu secara langsung dengan peminat-peminatnya di benua itu pada November ini.
Dalam poster tersebut, Axiata Arena menjadi lokasi berlangsungnya konsert pada tanggal 23 November 2024.
“Wow tarikh jelajah musim panas bermula dalam 1 minggu dan saya sudah tidak sabar lagi!
“Jadi saya rasa, apa salahnya kalau melanjutkan jelajah ke Asia pada bulan November ini. Sudah lama tidak datang dan saya tidak sabar untuk ke sana kembali!” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Selain Kuala Lumpur, sebanyak tujuh lagi lokasi di Asia akan di lawati oleh Dua Lipa iaitu Singapura, Jakarta, Manila, Taipei. Bangkok, Seoul dan Tokyo sebanyak selama dua malam.

Antara lagu popular penyanyi antarabangsa itu termasuklah Don’t Start Now, One Kiss, New Rules, Levitating (feat.DaBaby).
Ed Sheeren Datang Malaysia
Terdahulu, penyanyi asal United Kingdom, Ed Sheeran membawa konsert jelajahnya ‘+ − = ÷ ×’ atau ED The Mathematics Tour ke beberapa buah negara Asia, termasuk Malaysia.
Konsert tersebut telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, 24 Februari 2024 lalu.
Menerusi hantaran poster konsert berkenaan, seorang lagi penyanyi, Calum Scott juga akan dibawa sebagai penyanyi jemputan dalam konsert berkenaan.
Difahamkan, acara itu dibawa khas oleh pihak United Oberseas Bank (UOB) serta dipromosi oleh AEG Presents dan PR Worldwide.
Untuk makluman, ini merupakan kali kedua bagi artis tersebut untuk mengadakan konsert jelajahnya di Asia. Kali pertama Ed Sheeran mengadakan konsert di Asia adalah pada 2019.
Dalam pada itu, Ed Sheeran juga baru sahaja meluncurkan dua buah album baharu iaitu (Subtract) dan Autumn Variations. Kedua-dua album terbabit pernah menduduki tempat pertama dalam carta global sebelum ini.
Sumber: Instagram Dua Lipa
The post Dua Lipa Bakal Tiba Di Kuala Lumpur November Ini appeared first on Siakap Keli.





