Dua lokasi Bazar Ramadan Kunak dibuka tahun ini Ibrahim Tabir

LocalFood
28 Feb 2025 • 3:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

KUNAK: Majlis Daerah Kunak (MDKNK) membuat keputusan muktamad pada Jumaat berkenaan tapak lokasi Bazar Ramadan yang akan dibuka di dua buah lokasi untuk tahun ini, sementara cadangan awal tapak baharu yang diumum sebelum ini tidak dapat digunakan atas faktor tertentu.

Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazri Pintal berkata dua tapak Bazar tersebut yang akan beroperasi bermula 1 Ramadan masing-masing di kawasan lapang bersebelahan Pasar Am Kunak dan satu lagi lokasi Bazar Ramadan di dataran Sedco berhampiran Pasaraya Servay.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});"Sebanyak 110 lot peniaga Bazar di tempatkan di dataran lapang dekat Pasar Am, sementara 42 lot di dataran Sedco dekat Pasaraya Servay", katanya kepada Daily Express, Jumaat.

Keputusan ini dibuat selepas majoriti peniaga mahu supaya tapak lama Bazar seperti sebelum ini dikekalkan untuk tahun ini.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Menurut Nazri, peniaga kiosk sedia ada di kawasan tersebut juga akan menjalankan operasi bersama mereka dengan peniaga-peniaga Bazar Ramadan di kawasan itu.

"Selepas sesi libat urus, dan maklum balas daripada peniaga hari ini (Jumaat), pihak Majlis membuat keputusan muktamad untuk menetapkan tapak Bazar Ramadan di dua lokasi itu", katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Selain sesi taklimat dan cabutan undi untuk setiap lot peniaga hari ini, penerangan berkaitan keselamatan makanan juga disampaikan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan daerah, katanya.

Sementara itu, Nazri berkata kawasan lapang bekas bangunan Dewan Masyarakat akan dijadikan tempat parkir kenderaan kepada pengunjung Bazar dan juga peniaga.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});"Untuk tahun ini kita sedang merancang untuk menaiktaraf kawasan lapang bekas Dewan Masyarakat itu supaya keadaannya lebih selesa", katanya.