Dua maut bot bertembung di Mersing

31 Aug 2026 • 10:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua maut bot bertembung di Mersing
Anggota bomba menyelamatkan mangsa terlibat dalam kemalangan dua buat bot di Mersing. Foto Bomba
Image from: Dua maut bot bertembung di Mersing
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Foto Bomba

MERSING - Dua maut manakala empat lagi cedera selepas dua buah bot bertembung di Jeti Kastam Mersing kira-kira jam 9.04 malam pada Isnin.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohamed Zainuddin Ahmad berkata, hasil maklumat awal, enam mangsa dilaporkan terlibat.

Menurut Mohamed Zainuddin, sembilan anggota bersama satu unit Fire Rescue Tender (FRT) dan Fire Rescue Vehicle (FRV) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, dua buah bot didapati berlanggar.

“Dua mangsa dilaporkan meninggal dunia manakala empat lagi cedera,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

**media[3632532]**

Menurutnya, mangsa maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Empat mangsa yang cedera pula dirujuk ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut,” ulasnya.

Operasi menyelamat masih dijalankan dan perkembangan kes dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan masih dijalankan.

"Sebarang kenyataan atau perkembangan akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved