Dua Maut, Empat Cedera Bot Bertembung Di Mersing

1 Sep 2026 • 1:04 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dua Maut, Empat Cedera Bot Bertembung Di Mersing

MERSING, 31 Ogos (Bernama) -- Dua maut manakala empat lagi cedera dalam insiden dua bot bertembung berhampiran Kuala Sungai Mersing malam ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 9.04 malam.

Susulan itu, sebuah jentera Fire Rescue Tender dan Fire Response Vehicle dengan kekuatan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat di sini dikejarkan ke Jeti Mersing.

Baca juga:

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi, didapati benar berlaku pelanggaran antara dua bot. Dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.

JBPM turut memaklumkan bahawa empat lagi mangsa yang mengalami kecederaan sedang mendapatkan rawatan, dan operasi masih diteruskan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Mersing Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani, yang mengesahkan kejadian tersebut, berkata kes masih dalam siasatan dan satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved